Pengalaman Floria 2014


Entry kali ini aku nak berkongsi pengalaman semasa pertama kali aku join Floria atau nama panjangnya Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya..Kolej aku masa itu terpilih untuk bertanding dalam kategori kolej dan universiti..memang tak pernah dengar pun tentang Floria ni..Mula kenal semasa aku di semester 2 di KPMB..subjek semester 2 masa itu lebih kepada landskap..so kami diberikan beberapa kumpulan untuk membuat satu design bagi taman seluas 5x5...dipendekkan cerita dua kumpulan dari kolej kami terpilih iaitu team junior dan senior..aku mewakili team junior, yela budak baru 2 semester dekat kolej..
Tema bunga pada masa itu ialah bunga begonia..ye memang kami ade tanam pokok begonia tetapi tak berapa nak menjadi...permintaan pokok begonia masa tu sangat tinggi sehinggakan semua pokok begonia habis diborong dan kami tak berpeluang nak beli walau satu pokok pon..semua tempat dah survey sampaikan comeran highland pon dah takde pokok begonia tu..jadi redha ajela..
                                                                         Team Junior
Kami diberi tempoh masa selama 1 bulan oleh pihak kolej untuk menyiapkan segala persiapan untuk bertanding di Putrajaya..apa yang bestnya, makan dan minum semua ditanggung oleh pihak kolej selama 1 bulan...haha..memang diakui pada mulanya kami tak tahu nak buat kerja..tetapi di atas tunjuk ajar oleh lecturer kami, sikit2 kami mula naikkan apa yang patut..
Betul la orang cakap, kita banyak belajar dari pengalaman..bila mana lihat team senior mereka buat lebih cepat dan lebih kemas berbeza pulak dengan team kami..huhu..kami mula buat kerja biasa pada pukul 8 pagi sampai la ke malam..disebabkan kami masih dalam proses belajar, jadinya perkara yang mudah dan bole siap cepat jadi lambat..sebab tu buat sampai ke malam takut kerja tak siap..

                         
                              
Ini la dia hasil akhir yang termampu kami lakukan..yang atas team junior punya taman, yang bawah team senior yang punya..nampakkan beza antara pelajar yang baru dan yang sudah berpengalaman..Tahun ni kami anggap tahun pendedahan buat kami meneruskan usaha untuk kembali beraksi pada tahun seterusnya..Nak tahu apa yang terjadi pada team Floria kolej kami pada tahun 2015? Nantikan entry yang selanjutnya...













“I Will Be OK..Dont Worry"