Alhamdulilah, bersyukur kepada ALLAH akhirnya impianku untuk bekerja di sektor perkhidmatan awam sebagai penolong pegawai pertanian G29 tercapai. Segalanya bermula apabila syarikat yang aku bekerja mahu menamatkan perkhidmatan pekerja-pekerja mereka. Senang cerita pekerja semua nak diberhentikan atas sebab-sebab tertentu.
Aku bekerja sebagai pekerja am ladang saja masa itu. Semasa aku dapat notis 3 bulan sebelum ditamatkan perkhidmatan, aku dapat panggilan temuduga daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara( KEJORA)
Temuduga terdiri daripada 5 orang ahli panel. Soalan yang ditanya seperti biasa saja. Perkenalkan diri anda, berkenaan ahli keluarga berapa orang dan selebihnya banyak berkenaan dengan pengalaman kerja khususnya dalam bidang pertanian. Banyak soalan yang ditanya dapat aku jawab dengan baik.
Namun rezeki tidak menyebelahi aku. Aku gagal dalam temuduga tersebut. Perasaan sedih dan kecewa sangat-sangat aku rasai kerana ini peluang untuk aku mendapatkan pekerjaan serta peningkatan karier aku di dalam bidang pertanian dari pekerja am naik sebagai pegawai.
Perancangan ALLAH sangat cantik. Pada tarikh aku dapat tahu yang aku gagal dalam temuduga di KEJORA, aku dapat tahu yang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor ada buka satu peluang kerjaya iaitu Penolong Pegawai Pertanian.
Tanpa membuang masa, aku pun mencuba nasib. Aku isi segala maklumat yang mereka minta di dalam portal Johor Career . Mana la tau dapat panggilan lagi ke. Tapi untuk kali ini aku tak berapa berharap sangat macam sebelum ni. Jadi aku lalui hidup aku macam biasa. Menghabiskan baki kerja selama 3 bulan di tempat kerja aku dengan menjaga pokok buah buahan Rock Melon yang kami tanam.
Aku pun dah penat nak menaip. Aku akan sambung pengalaman aku pada entry yang akan datang. So pada sesiapa yang dipanggil temuduga untuk jawatan penolong pegawai pertanian, ikuti la kisah aku sampai habis.
Mari lihat tips membeli buah durian dan jenis-jenis klon durian yang ada di Malaysia.
0 Jom Komen Jangan Malu2:
Catat Ulasan