Sudah lama aku tidak menulis. Terakhir aku menulis pada tahun 2017. Dan sekarang aku mahu kembali balik menulis dan berkongsi pengalaman yang aku lalui dalam hidup ku dan ilmu berkaitan pertanian yang aku tahu untuk kebaikan semua orang.
Walau tiada tanah untuk bertani, tetapi minat terhadap pertanian tetap teguh di dalam diri. Mungkin selepas ini aku akan berkongsi ilmu pertanian di dalam blog ini melalui pembacaan buku, jurnal atau pengalaman petani2 yang berkongsi ilmu dan pengalaman mereka melalui media sosial.
Sekarang aku sudah berumur 25 tahun. Diriku yang dulu tidak sama dengan yang sekarang. Mungkin faktor umur menjadikan diriku sekarang lebih matang.
Kalau dahulu hidup seorang tetapi sekarang sudah berdua. Permulaan diriku hidup berdua bermula pada 23.3.2019. Satu moment yang pastinya takkan aku lupai.
Selepas ini Kehidupan kita semua sudah berbeza. Sejak adanya Virus Covid-19, banyak perkara yang mungkin kita tidak sangkakan akan berlaku mungkin akan berlaku. Itu la yang terjadi dalam hidup ku. Segalanya akan aku coretkan di dalam diari blog diriku ini dan tentunya penulisan diriku ini akan menjadi satu nostalgia kenangan buat anak dan cucu ku satu hari nanti.
0 Jom Komen Jangan Malu2:
Catat Ulasan