Pengalaman Interview Penolong Pegawai Pertanian G29 Part 3


Hai rakan-rakan sekalian. Untuk entry kali ni aku dah janji apa persediaan yang perlu kita lakukan sebelum pergi temuduga. Bagi aku benda ni semua orang buat. Cuma aku nak berkongsi persediaan yang aku lakukan sebelum temuduga kerja kerajaan.

1. Bila aku dapat surat panggilan temuduga, perkara pertama yang ada dalam fikiran aku ialah PAKAIAN. Apa yang perlu aku pakai masa temuduga nanti. Sudah semestinya pakaian yang kita perlu pakai ialah pakaian yang formal dan mengikut etika pemakaian yang betul. Seeloknya pakai la baju kemeja berwarna putih, seluar slack berwarna hitam, kasut warna hitam dan jangan lupa tali leher. Lagi baik kalau kita kenakan blazer sekali.Baru nampak profesional. Gaya mesti nombor satu, aspek lain pandang belakang dulu. Hahahaha

Ini la dia contoh etika pemakaian yang betul. Gambar rembat dekat google. Stokin pastikan pakai ye.

2. Rajin-rajin la buat carian dekat google contoh-contoh soalan yang akan ditanya oleh ahli panel penemuduga. Seminggu sebelum aku temuduga, habis semua segala blog pasal contoh-contoh soalan temuduga aku godeh. Tulis semua soalan-soalan yang bakal ditanya dalam nota dan hafal la sehingga mahir. Soalan pertama biasanya dia tanya tentang diri kita dan latar belakang keluarga, pendidikan dan pengalaman bekerja. Itu soalan wajib yang selalu ditanya.

3. Berlatih buat pengucapan awam dekat cermin. Kalau kau ni seorang yang pemalu atau pun tak mahir sangat bila berucap kerap-kerap la tengok cermin sambil bercakap. Lihat sendiri ekspresi wajah kita samaada ok ke tidak. Dari situ kita boleh betulkan apa yang silap. Bagi yang dah biasa berucap tidak akan ada masalah. Bina keyakinan diri dulu.

4. Kalau ada adik beradik atau pun rakan gunakan mereka dengan sebaik mungkin. Jadikan adik beradik atau rakan kita sebagai panel penemuduga jadian. Adakan sesi soal jawab dengan mereka. Mereka tanya kita jawab. 

5. Isu semasa. Walaupun kita sibuk bekerja, jangan dilupakan tentang isu-isu semasa di dalam negara. Dah nak dekat temuduga rajin-rajin la sikit ambil tahu isu semasa. Lepas habis temuduga suka hati korang la nak ambil tahu ke tidak. Kang nanti bila panel penemuduga soal takde la terpinga-pinga. 

6. Ilmu teknikal. Ini pun penting sebenarnya. Untuk soalan-soalan teknikal pastikan kita sudah tahu atau mahir. Contoh macam aku dalam bidang pertanian dia akan tanya tentang teknologi pertanian,baja dan penjagaan tanaman. 

7. Sebelum temuduga isi perut dulu. Pastikan kita bersarapan pagi untuk mengisi perut yang kosong. Masa aku temuduga dulu aku makan roti dengan air milo sahaja. Bukan apa, nak mengurangkan tekanan dalam diri. Kadang- kadang kita ni dah la takut,perut pulak kosong akan menjadikan kita tekanan sampai satu tahap kepala kita akan jadi pening dan otot-otot jadi tegang. Dan pastikan bawak la air masak sikit, takut-takut penyaman udara tempat kita temuduga tu terlalu sejuk menyebabkan tekak jadi kering. Kalau ada chewing gum boleh la buat kunyah-kunyah bagi nak hilangkan perasaan gemuruh sementara.

7. Pastikan datang awal sebelum bermulanya temuduga. Bila kita datang awal, kita akan ada masa untuk menenangkan diri dan perasaan gemuruh kita itu. Sebelum tu kenal-kenal la rakan di sebelah kita. Bagi lupa sikit yang hari ni kita temuduga.

8. Buat ulangkaji. Kena tahu siapa perdana Menteri kita yang sekarang dan sebelum ni, siapa Pengarah untuk jabatan kita. Kena tahu rukun negara, rukun islam dan dan iman. Apa lagi? Ulangkaji tentang bendera Malaysia atau Negeri serta maksudnya. Kena tahu nama Yang di-Pertuan Agong kita dan Raja-Raja setiap negeri. Semua kena tahu dan ulangkaji.

Jadi itu ajela yang dapat aku kongsikan. Yang penting kita kena tahu dan faham apa syarikat atau pun agensi yang kita pergi untuk temuduga itu. Kena buat ulangkaji. Dan untuk sambungan aku akan berkongsi cerita pengalaman semasa aku ditemuduga. Setiap orang ada cerita masing-masing. Jumpa nanti di entry akan datang.








“I Will Be OK..Dont Worry"

0 Jom Komen Jangan Malu2: