Kembali lagi untuk sambungan cerita bagi part 1. Memang masa tu aku tak berharap sangat yang aku dipanggil untuk temuduga tetapi rezeki telah ditetapkan dan aku dapat panggilan untuk temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Pertanian. Masa tu aku mohon bulan 12 tahun 2019 dan panggilan temuduga pada bulan satu tahun 2020. Lebih kurang sebulan lebih pihak SPA sudah panggil untuk temuduga. Ini dari pengalaman aku aje ye.
Ini ialah email yang aku dapat semasa dipanggil untuk temuduga. Suka di ingatkan rajin-rajin la periksa email dan portal Johor Career sebab pihak SPA akan hantar tawaran temuduga melalui email dan portal sahaja. Mereka takkan telefon atau mesej. Sebelum pergi temuduga, calon akan diminta untuk mengesahkan kehadiran samada hadir atau tidak. Semua itu ada di dalam portal Johor Career. Nasib baik masa tu aku terdetik hati nak periksa email. Kalau tak memang terlepas la peluang keemasan ni.
Ini ialah contoh status permohonan kerja kita. Status ni kita dapat lihat di portal Johor Career pada bahagian senarai permohonan. Kita akan dapat lihat balik apa jawatan yang kita pernah mohon sebelum ini dan berjaya atau tidak permohonan kita itu.
Untuk status permohonan telah disemak bermaksud mereka sedang semak permohonan kita. Andai kata dah lama sangat menunggu dan masih belum ada jawapan maknanya tak dapat la tu.
Untuk status tidak melepasi mesyuarat tapisan bermaksud gagal dalam permohonan setelah dibuat tapisan. Dan jika berjaya status akan bertukar kepada berjaya dan perlu disahkan samaada kita terima atau tolak tawaran bekerja bagi jawatan yang telah berjaya ditemuduga.
Aku tak layak nak bagi tips untuk korang semua, tapi aku cuba sampaikan apa yang perlu atau persediaan sebelum temuduga serta soalan-soalan yang ditanya oleh ahli panel penemuduga. Ini semua dari pengalaman aku saja ye. Tunggu untuk entry seterusnya.
Untuk lihat part 1 tekan link dibawah
0 Jom Komen Jangan Malu2:
Catat Ulasan