Cecita Cerita Budak Agro Story 5

Assalamualikum sume...smoga sihat2 selalu...agak lame tak menulis sebab 
terlalu banyak keje yang nak dibuat..aku akan smbung cerita tentang
fertigasi nie la, yang sekarang ni mcm pisang goreng sampaikan stok
alatan2 fertigasi pon abis sebab sume barang2 tu kita amik dari Thailand...

.
.
.
Dalam fertigasi ni bagi aku kerja yang paling berat bila kita masukkan cocopeat
dalam polibeg...bila buat kerja2 macam nie diwajibkan memakai mask, sarung
tangan serta cermin mata tak kisah la cermin mata apa2 pon janji dapat
tutup mata....


Kalau kita tak pakai mask, habuk2 cocopeat  akan masuk dalam hidung dan
automatik kepala akan jadi pening...( dari pengalaman aku sendiri ) penyakit lain pulak habuk2 tu 
akan masuk dalam sistem pernafasan kalau kau selalu sangat tak pakai mask 
dan mula la sesak2 nafas...yang ni effect jangka masa panjang...satu 
lagi kes member aku tak pakai cermin mata nasib dia x berapa baik bila habuk masuk
dalam mata...1 minggu mata merah dan bengkak...lepas kejadian
tu dia teros pakai cermin mata...untuk projek ni kami perlu menyiapkan 
10000 polibeg dan dibantu oleh 5 orang pekerja dari India, Nepal dan Indonesia...
kami selesai menyiapkan 10000 polibeg dalam masa 3 hari sahaja...
.
.
.
Selepas sume cocopeat sudah siap...kami mula memasang silvershine...silvershine
ni kelebihan dia murah manakala kelemahan dia cepat koyak sebab terlalu
nipis...biasanya lepas semusim silvershine akan diganti dengan yang baru....


Sepatutnya kami buat weedmat dahulu...disebabkan weedmat sampai lambat
sebab barangnya dari Thailand so kami buat silvershine dahulu...fungsi silvershine
ni untuk menghalang rumput dari tumbuh dan jugak memancarkan cahaya haba
ke bawah daun untuk elak dari serangan aphid dan hama...jarak antara polibeg yang
kami buat 1.5 kaki sahaja...kita sambung untuk cerita yang seterusnya...
smoga berjumpa lagi...











“I Will Be OK..Dont Worry"