Pengalaman Interview Penolong Pegawai G29 Part 4


Seperti yang dijanjikan, aku akan bercerita tentang pengalaman aku semasa di temuduga. Perkara yang aku nak cerita biasa je, semua orang mengalami perkara yang sama.

Semasa temuduga SPAJ akan ada 3 panel iaitu panel A,B dan C. Setiap panel ada 2 orang ahli penemuduga. Masa tu aku dapat panel A. Masa aku sampai semua calon dah sampai awal. Aku sampai agak lewat sedikit tapi temuduganya masih belum bermula.

Macam-macam jenis orang aku boleh nampak. Ada yang nampak macam dah berpengalaman bekerja siap lengkap dengan blazer serta resumenya . Ada yang nampak macam first time datang temuduga. Aku pun macam biasa, duduk sambil menunggu nama dipanggil. 

Sebelum di temuduga, segala maklumat, sijil dan borang wajib dilengkapkan. Akan ada urus setia yang akan uruskan segala dokumen-dokumen yang perlu kita bawa semasa temuduga. Bila semua maklumat dan borang telah lengkap, baru la nama kita akan dipanggil untuk ujian soalan bertulis berkaitan dengan pertanian.

Bagi yang dapat panggilan temuduga penolong pegawai pertanian ini sangat penting dan tolong ambil perhatian. Antara soalan yang ditanya semasa ujian bertulis nanti ialah nama-nama saintifik pokok buah-buahan. So korang kena hafal dan ingat. Yang kedua berkaitan dengan teknik-teknik cantuman dan juga berkaitan dengan baja. So sebelum pergi temuduga rajin-rajin la membaca. Ini apa yang aku lalui ye, untuk tahun-tahun seterusnya aku tak pasti ada lagi ke tidak ujian bertulis ni.

Selepas aje ujian bertulis terus nama aku dipanggil untuk ditemuduga. Aku diletakkan di panel A dan telah ditemuduga oleh Pengerusi SPAJ Dato Haji Marsan Bin Kassim serta Pegawai Pertanian Daerah Johor Bharu En Azizul Hafiz Bin Azizan. 

Antara soalan-soalan yang ditanya macam biasa, berkenaan diri kita, tahap pendidikan, keluarga dan juga pengalaman kerja. Panel penemuduga banyak tanya aku tentang fertigasi cili. Mereka sangat-sangat berminat dengan teknologi fertigasi. Ya, teknologi fertigasi ni memang sinonim dengan diri aku. Aku bekerja dan mendapat pengalaman semua nya berkaitan dengan fertigasi. Susah senang aku semua fertigasi. 

Untuk soalan-soalan berkenaan dengan isu semasa, disuruh baca jawi, dan apa yang aku baca di dalam blog tentang soalan-soalan yang akan ditanya semasa temuduga kerja kerajaan semuanya aku tak lalui. Semua soalan yang aku dapat semuanya berkaitan teknikal. Aku bersyukur kerana dapat menjawab semua soalan dengan mudah. Dan ayat yang takkan aku pernah lupakan apabila Pengerusi SPAJ bertanyakan soalan " Awak nak bekerja tak? Andai kata kami tawarkan anda bekerja sanggup awak kerja di luar daerah"? Dan tentunya jawapan yang keluar dari mulut aku "Ya Tuan, saya sanggup bekerja di mana-mana daerah dan akan akur dengan segala arahan dari pihak atasan". Dan alhamdulilah setelah sebulan menunggu, aku ditawarkan bekerja sebagai Penolong Pegawai Pertanian G29 di bawah SUKJ. 


Impianku untuk bekerja di sektor kerajaan dimakbulkan oleh ALLAH s.w.t. Niatku hanya satu, untuk berbakti kepada agama,bangsa dan negara.

“I Will Be OK..Dont Worry"

0 Jom Komen Jangan Malu2: