Apa itu myGap?

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulilah aku diberikan kekuatan dan kerajinan untuk menulis pada hari ini. Minggu lepas sampai la bawak ke minggu ni aku terlalu sibuk dengan menghadiri kursus-kursus yang telah dirancang oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri. Ini semua tak lain dan tak bukan, untuk menjadikan kami seorang pegawai pertanian yang kompeten terhadap tugas-tugas yang telah diamanahkan. Lagi banyak kursus yang kami hadiri, lagi banyak la ilmu yang kami dapat khususnya batch aku yang baru dilantik untuk tahun ini.

Antara kursus yang aku hadiri ialah kursus berkaitan dengan pensijilan myGap atau nama panjangnya Malaysia Good Agricultural Practice. 

Apa itu myGAP?
  
myGAP iaitu satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Skim ini dibangun berpandukan Malaysia Standard MS 1784: 2005 Crop Commodities – Good Agriculture Practices (GAP).

   
Apakah kelebihan myGAP?
  
Kelebihan pensijilan myGAP ialah:

1) Menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan kerana kandungan residu racun perosak mengikut paras yang dibenarkan.

2) Mengurangkan pencemaran alam sekitar.

3) Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang terjamin.

4) Mengutamakan kaedah kawalan perosak bersepadu

5) Mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak

6) Meningkatkan pengeluaran hasil yang berkualiti.

7) Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.

8) Membantu membangunkan industri pertanian negara secara mesra alam dan lestari.

9) Logo myGAP pada label produk dapat menyakinkan pengguna terhadapa keselamatan produk tersebut.

Berpanjang lebar aku taip so siapa yang layak untuk memohon pensijilan myGAP ni?  Yang layak untuk memohon pensijilan myGAP ialah:

1) Persendirian
2) Syarikat swasta
3) Peserta TKPM
4) Agensi/Badan Berkanun
5) Peserta ladang kontrak
6) Pusat pertanian dibawah selian JP
7) Peserta Projek Pertanian Moden

Langkah pertama untuk memohon pensijilan myGAP ialah anda perlu isi dahulu borang permohonan myGAP 1. Borang ini boleh didapati di JP Negeri,Daerah dan paling mudah download saja di laman web Jabatan Pertanian atau pun buat carian borang permohonan myGAP dekat google. Nanti download sahaja.

--------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------
Yang atas ni ialah borang permohonan sijil myGAP. Lepas itu sediakan dokumen-dokumen yang penting seperti:

1) kad pengenalan bagi individu dan sijil SSM bagi syarikat.

2) Geran Tanah serta pelan tanah. Kalau tanah sewa perlu ada surat perjanjian sewaan tanah atau pun surat kebenaran untuk melakukan aktiviti pertanian. Sama jugak kalau geran tanah tu bukan atas nama kita tetapi atas nama bapa atau ibu atau orang lain juga perlu ada surat perjanjian kebenaran untuk melakukan aktiviti pertanian.

3) Perlu ada peta lokasi ke ladang tanaman pemohon. Peta lokasi boleh terus print dekat google maps aje.

4) Pelan blok. Yang ini buat pakai microsoft word aje pun boleh. Kita buat sikit pelan susun atur kawasan ladang kita seperti kedudukan stor,sungai,jenis tanaman, jalan,kolam dan sebagainya yang berkaitan.

Dokumen yang telah lengkap perlu dihantar kepada pegawai yang menjaga mukim masing-masing. Selepas saja daftar, pegawai pensijilan myGAP di jabatan pertanian akan membuat pemeriksaan tapak ke atas ladang pemohon myGAP untuk menentukan samaada syarat-syarat serta dokumen menepati kepada piawaian yang telah ditetapkan.

Sampai sini saja perkongsian aku mengenai pensijilan myGAP. Banyak langkah-langkah yang perlu dipatuhi. Apa yang aku kongsi ni baru sikit. Ini baru part daftar dengan pemeriksaan tapak. Belum sentuh rekod ladang yang perlu ada, ujian Mrl, audit luar dan macam-macam lagi la. So tunggu untuk entry selepas ini pengalaman aku dalam menguruskan pensijilan myGAP di mukim jagaanku di mukin Bukit Batu Kulai. 





 




“I Will Be OK..Dont Worry"

0 Jom Komen Jangan Malu2: