Aku pun tanya staff TM point hajat aku nak langgan line Unifi. Staff situ pun periksa coverage Unifi tempat kawasan perumahan yang aku tinggal dan jawapannya kawasan situ tidak ada langsung coverage untuk line Unifi. Masa tu aku dah rasa kecewa dah, tapi staff TM cadangkan aku pakai Stremyx. Staff tu pun periksa kuota untuk Streamyx dan lagi sekali aku dihampakan. Streamyx sudah pun penuh.
Aku tanya staff TM tu, takde lagi ke apa-apa pakej yang sesuai dan murah. Maka staff TM tu pun cadangkan aku guna dulu Unifi Air. Dia suruh cuba dulu ok ke tidak line Unifi dekat kawasan perumahan aku. Kalau tak ok terus bole terminate. Staff TM sarankan aku beli dulu modem internet dan aku hanya beli kad sim Unifi sahaja. Staff TM tak galakkan aku guna modem Unifi sebabnya bila kita guna modem Unifi automatik kita akan dikenakan kontrak selama 24 bulan kalau tak silap.
Andaikata bila aku dah ada kontrak dengan Unifi, tup-tup line tak cun pening wooo aku nak bayar denda penalti kalau nak terminate nanti.
Astro ni pun yang lagi 6 bulan nak habis kontrak, kalau aku nak terminate kena bayar RM 1k. Padahal 6 bulan baru RM 390 je kalau bulan-bulan bayar pakej yang harga RM 65.
Jadi aku hanya beli kad sim Unifi serta bayaran RM 100 dengan pendaftaran sekali. Modem pulak aku beli di Shopee saja. Modem yang sesuai untuk dibeli untuk kad sim Unifi mestilah Band 4. Jangan tanya aku apa itu band 4. Korang beli je sebab staff TM yang nasihatkan. Modem yang aku beli dekat shopee model CP2002 pada harga RM 160. Harga tertakluk kepada penjual.
Ini dia kotak modem CP2002 yang dibeli di shopee. Barang dalam keadaan baik dan sempurna.
Ini la dia wajah sebenar CP2002. Cara pemasangannya senang saja, masukkan kad sim Unifi dan terus boleh guna. Cuma nanti nak ubah password akan ada caranya. Aku akan kongsi cara ubah password bagi modem baru pada entry yang akan datang.
Mesti korang nak tahu ok ke tidak Unifi Air ni kan, nak-nak pulak dekat kawasan perumahan aku yang dikatakan tiada coverage Unifi. Alhamdulilah masuk ni dah dekat berapa hari tah aku lupa, line untuk Unifi Air di tempat aku sangat-sangat bagus. Kelajuan internet boleh capai paling tinggi 10-14 Mbps. Bagi aku ok la kan dari tak dapat langsung. Kelajuan 7-8 Mbps pun dah kira ok. Video streaming pun takde sangkut-sangkut. Main game pun takde sangkut jugak. Cuma bila waktu hujan saja line akan jadi lambat sikit.
So kesimpulannya aku sangat berpuas hati dan berbaloi dengan aku bayar bulan-bulan RM 84. Sebelum tu diingatkan supaya install aplikasi mobilecare@unifi untuk memudahkan kita membuat pembayaran secara dalam talian. Buat masa ini itu sahaja yang aku nak kongsi. Selamat berjumpa lagi.
0 Jom Komen Jangan Malu2:
Catat Ulasan