Potensi Hasil dan Jarak Tanaman Bagi Sayuran Berbuah

 
Bertemu kita kembali pada entry kali ini. Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat potensi hasil dan jarak tanaman yang sesuai untuk kita mula bertanam dan hasil yang akan kita dapat nanti bila waktunya nak menuai. Entry Kali ini untuk tanaman sayuran berbuah saja ye. Untuk potensi hasil bagi pokok buah-buahan boleh lihat disini 


Bendi (Abelmoschus esculentus)
Kepadatan: 4740 pokok/ha
J.Tanaman: 0.9m x 1.5m

Jumlah masa pungut hasil 240 hari: 24 mt

Cili Api (capsicum frutescene)
Kepadatan: 6154 pokok/ha
J.Tanaman: 0.8m x 1.3m

Jumlah masa pungut hasil 240 hari: 4.5 mt

Cili Merah (capsicum annum)
Kepadatan: 6000 pokok/ha
J.Tanaman: 0.9m x 1.2m

Jumlah masa pungut hasil 240 hari: 20 mt

Kacang Botol (psophocarpus tetragonolobus)
J.Tanaman: 0.6m x 0.6m
Kepadatan: 17777 pokok/ha

Jumlah masa pungut hasil 240 hari: 18 mt

Kacang Buncis (phaseolus vulgaris)
J.Tanaman: 0.6m x 0.6m
Kepadatan: 23700 pokok/ha

Jumlah masa pungut hasil 240 hari: 13.5 mt

Kacang Panjang (vigna sinensis)
J.Tanaman: 0.6m x 0.4m
Kepadatan: 23700 pokok/ha

Jumlah masa pungut hasil 90 hari: 20 mt

Kundur  (benincasa hispda)
J.Tanaman: 1.5m x 1.5m
Kepadatan: 2850 pokok/ha

Jumlah masa pungut hasil 42 hari: 22 mt

Labu Air (legenaria vulgaris)
J.Tanaman: 1.5m x 1.5m
Kepadatan: 2850 pokok/ha

Jumlah masa pungut hasil 42 hari: 25 mt

Labu Manis (cucurbita moschata)
J.Tanaman: 1.2m x 2.4m
Kepadatan: 2230 pokok/ha

Jumlah masa pungut hasil 42 hari: 25 mt


Peria (momordica charantia)
J.Tanaman: 1.5m x 0.5m
Kepadatan: 8540 pokok/ha

Jumlah masa pungut hasil 118 hari: 20 mt

Petola Segi (luffa acutangula)
J.Tanaman: 0.6m x 1.5m
Kepadatan: 7111 pokok/ha

Jumlah masa pungut hasil 42 hari: 23 mt

Petola Ular (trichosanthes cucumerina)
J.Tanaman: 0.6m x 0.4m
Kepadatan: 23700 pokok/ha

Jumlah masa pungut hasil 56 hari: 16 mt

Terung Panjang (solanum melongena)
J.Tanaman: 0.9m x 1.5m
Kepadatan: 4740 pokok/ha

Jumlah masa pungut hasil 140 hari: 30 mt

Terung Bulat (solanum melongena)
J.Tanaman: 0.9m x 1.5m
Kepadatan: 4740 pokok/ha

Jumlah masa pungut hasil 140 hari: 30 mt

Timun (cucumis sativus)
J.Tanaman: 0.6m x 0.6m
Kepadatan: 17780 pokok/ha

Jumlah masa pungut hasil 30 hari: 30 mt

Tomato (lycopersicum esculentum)
J.Tanaman: 0.9m x 1.5m
Kepadatan: 4740 pokok/ha

Jumlah masa pungut hasil 42 hari: 25 mt

Sekian buat masa ini. Untuk entry seterusnya, aku akan kongsi potensi hasil untuk sayuran daun pulak. Terima kasih sudi membaca. Semoga mendapat manfaat dari hasil perkongsian dan penulisan yang tak seberapa ini. Jumpa lagi.

“I Will Be OK..Dont Worry"

Potensi Hasil dan Jarak Tanaman Bagi Buah-Buahan Part 3

 
Bertemu kembali untuk entry seterusnya. Dua minggu ni memang aku sibuk sikit. Sibuk dengan kerja-kerja pemantauan tapak atau kebun bagi permohonan projek pertanian untuk tahun 2021. Minggu depan dah kena kumpulkan semua permohonan pemohon projek untuk dibentangkan dan diusulkan samaada lulus ataupun tidak. Ini ialah entry terakhir bagi potensi tanaman untuk kategori pokok buah-buahan.


Rambutan (nephelium lappaceum)
Kepadatan: 121 pokok/ha 
J.Tanaman: 9m x 9m

Hasil mengikut tahun
4 Tahun: 1.05 mt
5-7 Tahun: 1.9 mt
8-13 Tahun: 4mt
13 Keatas: 8.3 mt

Salak (salacca Glabrescens)
Kepadatan: 181 pokok/ha 
J.Tanaman: 6m x 3m

Hasil mengikut tahun
3-4 Tahun: 0.63 mt
6-7 Tahun: 1.8 mt
10-11 Tahun: 2.8 mt

Tembikai wangi (cucumis melo)
Kepadatan: 2960-4620 pokok/ha 
J.Tanaman: 0.9m x 2.4m

Hasil mengikut tahun
56-57 Hari: 19.6 mt


Tembikai (citrullus lanatus)
Kepadatan: 2000 pokok/ha 
J.Tanaman: 1m x 2.52m

Hasil mengikut tahun
56-57 Hari: 30mt

Nanas (ananas)
Kepadatan: 30000 pokok/ha 
J.Tanaman: 1.2m x 0.6m x 0.45m

Hasil mengikut tahun
1 Tahun: 32.5mt

Pisang (musa spp)
Kepadatan: 1111 pokok/ha 
J.Tanaman: 3m x 3m

Hasil mengikut tahun
1 Tahun: 15 mt
2 Tahun: 26 mt

Cukup setakat ini sahaja. Semoga mendapat manfaat dari apa yang aku kongsikan...



“I Will Be OK..Dont Worry"

Potensi Hasil dan Jarak Tanaman Bagi Buah-Buahan Part 2

 
Entry kali ini sambungan untuk entry yang sebelum ini. Tanpa membuang masa mari kita lihat dan sama-sama belajar. Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat dan pahala untuk diri kita di akhirat nanti. Insha allah.

Limau Bali (citrus grandis)
Kepadatan: 100 pokok/ha 
J.Tanaman: 3m x 3m

Hasil mengikut tahun
4-5 Tahun: 2 mt
7-8 Tahun: 4.7 mt
10-11 Tahun: 6.9 mt
13-16 Tahun: 9 mt

Limau Kasturi (citrus microcarpa)
Kepadatan: 278 pokok/ha 
J.Tanaman: 6m x 6m

Hasil mengikut tahun
4 Tahun: 7 mt
6 Tahun: 15 mt
8 Tahun: 20 mt

Limau Manis (citrus suhuiensis)
Kepadatan: 260 pokok/ha 
J.Tanaman: 6m x 6m

Hasil mengikut tahun
4-5 Tahun: 10 mt
6 ke atas : 24 mt

Limau Nipis (citrus aurantifolia)
Kepadatan: 268 pokok/ha 
J.Tanaman: 6.2m x 6.2m

Hasil mengikut tahun
2-4 Tahun: 1.5 mt
8-10 Tahun: 14.7 mt
13 Ke atas : 12.1 mt

Mangga Cokanan (magnifera indica)
Kepadatan: 123 pokok/ha 
J.Tanaman: 9.1m x 9.1m

Hasil mengikut tahun
2-3 Tahun: 1.3 mt
6-7 Tahun: 2.6 mt
8-9 Tahun: 2.7 mt
10 ke atas: 2.6 mt

Mangga Foo Fatt (magnifera indica)
Kepadatan: 123 pokok/ha 
J.Tanaman: 9.1m x 9.1m

Hasil mengikut tahun
4-5 Tahun: 22.2 mt
8-9 Tahun: 14.4 mt
12-13 Tahun: 13.2 mt

Manggis (garcinia mangostana)
Kepadatan: 178 pokok/ha 
J.Tanaman: 7.5m x 7.5m

Hasil mengikut tahun
2-3 Tahun: 1.16 mt
12-13 Tahun: 6.9 mt
19-20 Tahun: 22 mt
24-25 Tahun: 28.3 mt

Nangka (artocarpus heteropyllus)
Kepadatan: 123 pokok/ha 
J.Tanaman: 9m x 9m

Hasil mengikut tahun
3 Tahun: 3 mt
4.5 Tahun: 6 mt
6-7 Tahun: 10 mt
13 Ke atas : 18 mt

Pitaya (hylocereus undatus)
Kepadatan: 5100 pokok/ha 
J.Tanaman: 3m x 2.6m

Hasil mengikut tahun
2-3 Tahun: 49.4 mt
4 Ke atas : 123 5 mt

Pulasan (nephelium mutabile)
Kepadatan: 140 pokok/ha 
J.Tanaman: 7.5m x 9m

Hasil mengikut tahun
4 Tahun: 0.12 mt
5 Tahun: 0.36 mt
6 Tahun: 1 mt 
7 Tahun: 3.2 m

Sampai sini saja perkongsian aku pada kali ini. Ada satu lagi entry untuk potensi hasil bagi pokok buah-buahan. Jumpa lagi.....

Tekan link di bawah untuk entry potensi hasil yang sebelum ini....


“I Will Be OK..Dont Worry"

Potensi Hasil dan Jarak Tanaman Bagi Buah-Buahan Part 1

 
Bertemu kembali kita pada entry kali ini. Untuk entry kali ini, aku nak berkongsi ilmu berkenaan dengan potensi hasil yang mampu kita perolehi dan juga kepadatan pokok yang mampu ditanam per hektar serta jarak diantara pokok yang sesuai untuk ditanam.

Ilmu ni sesuai untuk para petani yang baru-baru hendak merancang untuk membuka kebun buah-buahan ataupun bagi para pelajar pertanian yang selalu tertanya-tanya berapa banyak pokok yang boleh ditanam per hektar dan apa jarak yang paling sesuai dan ideal. Ilmu ini pun hasil dari pembacaan dan perkongsian ilmu dari kawan-kawan di Jabatan Pertanian.

Ini semua hanya panduan dan kira-kira di atas kertas saja. Hasil tanaman semua bergantung kepada ilmu pertanian yang kita ada serta kemahiran individu dalam menjaga pokok dan kebun masing-masing. Banyak faktor yang kita kena lihat untuk menjadikan hasil tanaman kita ini banyak atau pun sedikit. Jadi untuk memulakan sesuatu perkara perlu ada ilmu agar apa yang kita lakukan berjaya dan paling tidak pun mampu memberikan hasil yang memuaskan.

Untuk entry kali ini aku akan berkongsi untuk tanaman buah-buahan saja ye. Untuk sayur buah,sayur daun,umbisi dan macam-macam kategori lagi akan dikongsi pada entry yang seterusnya. 

Belimbing (averrhoea carambola)
Kepadatan: 278 pokok/ha 
J.Tanaman: 6m x 6m

Hasil mengikut tahun
2-3 Tahun: 15.5 mt
4-5 Tahun: 31.9 mt
6-7 Tahun: 34.8 mt
9 keatas  : 48.5 mt

Betik (carica papaya)
Kepadatan: 2000 pokok/ha 
J.Tanaman: 1.8m x 2.7m

Hasil mengikut tahun
1 Tahun: 10 mt
2 Tahun: 40 mt

Cempedak (artocarpus champeden)
Kepadatan: 123 pokok/ha 
J.Tanaman: 9m x 9m

Hasil mengikut tahun
4-5 Tahun: 1.6 mt
8-9 Tahun: 6.25 mt
12-13 Tahun: 11.5 mt
19 keatas  : 15.2 mt

Ciku (manikara sapota)
Kepadatan: 123 pokok/ha 
J.Tanaman: 9m x 9m

Hasil mengikut tahun
3-6 Tahun: 8.2 mt
7-15 Tahun: 28.5 mt
16-21 Tahun: 46.4 mt
22-25 Tahun: 59.5 mt

Duku Langsat (lansium domesticum jack)
Kepadatan: 178 pokok/ha 
J.Tanaman: 7.5m x 7.5m

Hasil mengikut tahun
12-20 Tahun: 5 mt
21-25 Tahun: 10 mt

Durian (durio zibethinus)
Kepadatan: 69 pokok/ha 
J.Tanaman: 8m x 8m

Hasil mengikut tahun
8-12 Tahun: 4.5 mt
13-17 Tahun: 6.1 mt
18-25 Tahun: 11.5 mt

Durian belanda (annona muricata)
Kepadatan: 278 pokok/ha 
J.Tanaman: 6m x 6m

Hasil mengikut tahun
3-4 Tahun: 7 mt
5-6 Tahun: 15 mt
7-8 Tahun: 20 mt
9-25 Tahun : 25 mt

Jambu air madu (euginia aquea)
Kepadatan: 278 pokok/ha 
J.Tanaman: 6m x 6m

Hasil mengikut tahun
2-4 Tahun: 1.6 mt
5-6 Tahun: 4.6 mt
9 Tahun   : 5 mt

Jambu Batu (psidium guajava)
Kepadatan: 111 pokok/ha 
J.Tanaman: 3m x 3m

Hasil mengikut tahun
3-4 Tahun: 20 mt
5-6 Tahun: 45 mt
7-8 Tahun: 42.5 mt
9-10 Tahun :27.5 mt

Longan (dimocarpus longan)
Kepadatan: 119 pokok/ha 
J.Tanaman: 9m x 9m

Hasil mengikut tahun
3 Tahun: 3.4 mt

Buat masa ini 10 jenis pokok buah-buahan saja yang aku kongsikan. Untuk entry selepas ini akan aku sambung 10 pokok buah-buahan per entry. Nantikan yaaaaaa......


“I Will Be OK..Dont Worry"

Apa itu myGap?

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulilah aku diberikan kekuatan dan kerajinan untuk menulis pada hari ini. Minggu lepas sampai la bawak ke minggu ni aku terlalu sibuk dengan menghadiri kursus-kursus yang telah dirancang oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri. Ini semua tak lain dan tak bukan, untuk menjadikan kami seorang pegawai pertanian yang kompeten terhadap tugas-tugas yang telah diamanahkan. Lagi banyak kursus yang kami hadiri, lagi banyak la ilmu yang kami dapat khususnya batch aku yang baru dilantik untuk tahun ini.

Antara kursus yang aku hadiri ialah kursus berkaitan dengan pensijilan myGap atau nama panjangnya Malaysia Good Agricultural Practice. 

Apa itu myGAP?
  
myGAP iaitu satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Skim ini dibangun berpandukan Malaysia Standard MS 1784: 2005 Crop Commodities – Good Agriculture Practices (GAP).

   
Apakah kelebihan myGAP?
  
Kelebihan pensijilan myGAP ialah:

1) Menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan kerana kandungan residu racun perosak mengikut paras yang dibenarkan.

2) Mengurangkan pencemaran alam sekitar.

3) Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang terjamin.

4) Mengutamakan kaedah kawalan perosak bersepadu

5) Mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak

6) Meningkatkan pengeluaran hasil yang berkualiti.

7) Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.

8) Membantu membangunkan industri pertanian negara secara mesra alam dan lestari.

9) Logo myGAP pada label produk dapat menyakinkan pengguna terhadapa keselamatan produk tersebut.

Berpanjang lebar aku taip so siapa yang layak untuk memohon pensijilan myGAP ni?  Yang layak untuk memohon pensijilan myGAP ialah:

1) Persendirian
2) Syarikat swasta
3) Peserta TKPM
4) Agensi/Badan Berkanun
5) Peserta ladang kontrak
6) Pusat pertanian dibawah selian JP
7) Peserta Projek Pertanian Moden

Langkah pertama untuk memohon pensijilan myGAP ialah anda perlu isi dahulu borang permohonan myGAP 1. Borang ini boleh didapati di JP Negeri,Daerah dan paling mudah download saja di laman web Jabatan Pertanian atau pun buat carian borang permohonan myGAP dekat google. Nanti download sahaja.

--------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------
Yang atas ni ialah borang permohonan sijil myGAP. Lepas itu sediakan dokumen-dokumen yang penting seperti:

1) kad pengenalan bagi individu dan sijil SSM bagi syarikat.

2) Geran Tanah serta pelan tanah. Kalau tanah sewa perlu ada surat perjanjian sewaan tanah atau pun surat kebenaran untuk melakukan aktiviti pertanian. Sama jugak kalau geran tanah tu bukan atas nama kita tetapi atas nama bapa atau ibu atau orang lain juga perlu ada surat perjanjian kebenaran untuk melakukan aktiviti pertanian.

3) Perlu ada peta lokasi ke ladang tanaman pemohon. Peta lokasi boleh terus print dekat google maps aje.

4) Pelan blok. Yang ini buat pakai microsoft word aje pun boleh. Kita buat sikit pelan susun atur kawasan ladang kita seperti kedudukan stor,sungai,jenis tanaman, jalan,kolam dan sebagainya yang berkaitan.

Dokumen yang telah lengkap perlu dihantar kepada pegawai yang menjaga mukim masing-masing. Selepas saja daftar, pegawai pensijilan myGAP di jabatan pertanian akan membuat pemeriksaan tapak ke atas ladang pemohon myGAP untuk menentukan samaada syarat-syarat serta dokumen menepati kepada piawaian yang telah ditetapkan.

Sampai sini saja perkongsian aku mengenai pensijilan myGAP. Banyak langkah-langkah yang perlu dipatuhi. Apa yang aku kongsi ni baru sikit. Ini baru part daftar dengan pemeriksaan tapak. Belum sentuh rekod ladang yang perlu ada, ujian Mrl, audit luar dan macam-macam lagi la. So tunggu untuk entry selepas ini pengalaman aku dalam menguruskan pensijilan myGAP di mukim jagaanku di mukin Bukit Batu Kulai. 





 




“I Will Be OK..Dont Worry"