Unifi Air Plan 2020 Part 1


Alhamdulilah pada hari ini iaitu hari isnin aku sedang bercuti. Tanggal 31 Disember merupakan hari Sambutan Kemerdekaan negara kita yang tercinta Malaysia untuk kali yang ke 63 tahun. Semoga negara kita Malaysia sentiasa aman dan makmur serta bersatu padu dalam mengharungi segala permasalahan dengan baik dan bersama.  

So berbalik kepada cerita yang aku nak kongsi untuk entry kali ni ialah berkenaan dengan Unifi Air yang baru saja aku langgan semalam. Semuanya bermula apabila aku mula berpindah ke rumah yang baharu, tempat dirahsiakan hihihihi. Semuanya serba tak menjadi. Apa segala line telco yang aku guna semua tak dapat. Bukan semua line ye tetapi sebahagian. Line macam siput wooooo dekat kawasan yang baru aku pindah ni.

Line telco yang aku pakai sekarang Umobile dengan Digi Tone Wow. Aku lebih banyak guna Umobile sebabnya yang pertama mampu milik la kan dengan harga RM 56 setiap bulan dan paling syok bila kita dapat unlimited data internet tanpa had. Tapi yang tak bestnya Umobile dekat kawasan tempat tinggal aku ni tak berapa nak laju dan paling menyakitkan hati, line dalam bangunan tempat aku bekerja tak ada langsung line Umobile. Padahal pejabat dekat tengah-tengah bandar tu.


So jalan penyelesaiannya ialan dengan menggunakan nombor back up dan itu la dia Digi Tone Wow. Digi Tone Wow ni memang aku jarang pakai dulu sebabnya tempat lama aku kerja dulu, Umobile lebih laju dan padu. Harga plan Digi Tone Wow bagi aku OK, dengan RM 50 untuk 89GB data. Ye, Digi Tone Wow bukan unlimited data ye. Memang kena berjimat cermat dalam menggunakan data internet. Tempat aku kerja sekarang line Digi lebih laju tetapi di rumah tempat aku tinggal sekarang kejap ada dan kejap tak ada. 

Aku sebenarnya kesian dekat isteri aku ni yang full time suri rumahtangga. Dia perlu kan hiburan jugak macam kita semua kan. Dah la TV belum masuk Astro lagi. Piring Astro dekat rumah lama, nak pergi amik masa pulak tak ada. Sibuk memanjang aje, huhuhuhu. Jadi aku terpikir apa kata kalau aku cuba Unifi pulakkan. Sebelum ni asyik dengar je orang pakai Unifi. Apa kata aku pulak yang cuba pakai. Bila lihat review orang yang pernah guna, ada yang kata OK dan ada yang kata tak OK. Jadi aku amik keputusan kita cuba dulu. Kalau tak cun kita kasi terminate. Tak cuba tak tahu kan. So nantikan entry seterusnya. Samaada ok atau tidak line Unifi bila aku dah langgan dekat kawasan perumahan baru yang aku tinggal ni.




“I Will Be OK..Dont Worry"

Pengalaman Interview Penolong Pegawai G29 Part 4


Seperti yang dijanjikan, aku akan bercerita tentang pengalaman aku semasa di temuduga. Perkara yang aku nak cerita biasa je, semua orang mengalami perkara yang sama.

Semasa temuduga SPAJ akan ada 3 panel iaitu panel A,B dan C. Setiap panel ada 2 orang ahli penemuduga. Masa tu aku dapat panel A. Masa aku sampai semua calon dah sampai awal. Aku sampai agak lewat sedikit tapi temuduganya masih belum bermula.

Macam-macam jenis orang aku boleh nampak. Ada yang nampak macam dah berpengalaman bekerja siap lengkap dengan blazer serta resumenya . Ada yang nampak macam first time datang temuduga. Aku pun macam biasa, duduk sambil menunggu nama dipanggil. 

Sebelum di temuduga, segala maklumat, sijil dan borang wajib dilengkapkan. Akan ada urus setia yang akan uruskan segala dokumen-dokumen yang perlu kita bawa semasa temuduga. Bila semua maklumat dan borang telah lengkap, baru la nama kita akan dipanggil untuk ujian soalan bertulis berkaitan dengan pertanian.

Bagi yang dapat panggilan temuduga penolong pegawai pertanian ini sangat penting dan tolong ambil perhatian. Antara soalan yang ditanya semasa ujian bertulis nanti ialah nama-nama saintifik pokok buah-buahan. So korang kena hafal dan ingat. Yang kedua berkaitan dengan teknik-teknik cantuman dan juga berkaitan dengan baja. So sebelum pergi temuduga rajin-rajin la membaca. Ini apa yang aku lalui ye, untuk tahun-tahun seterusnya aku tak pasti ada lagi ke tidak ujian bertulis ni.

Selepas aje ujian bertulis terus nama aku dipanggil untuk ditemuduga. Aku diletakkan di panel A dan telah ditemuduga oleh Pengerusi SPAJ Dato Haji Marsan Bin Kassim serta Pegawai Pertanian Daerah Johor Bharu En Azizul Hafiz Bin Azizan. 

Antara soalan-soalan yang ditanya macam biasa, berkenaan diri kita, tahap pendidikan, keluarga dan juga pengalaman kerja. Panel penemuduga banyak tanya aku tentang fertigasi cili. Mereka sangat-sangat berminat dengan teknologi fertigasi. Ya, teknologi fertigasi ni memang sinonim dengan diri aku. Aku bekerja dan mendapat pengalaman semua nya berkaitan dengan fertigasi. Susah senang aku semua fertigasi. 

Untuk soalan-soalan berkenaan dengan isu semasa, disuruh baca jawi, dan apa yang aku baca di dalam blog tentang soalan-soalan yang akan ditanya semasa temuduga kerja kerajaan semuanya aku tak lalui. Semua soalan yang aku dapat semuanya berkaitan teknikal. Aku bersyukur kerana dapat menjawab semua soalan dengan mudah. Dan ayat yang takkan aku pernah lupakan apabila Pengerusi SPAJ bertanyakan soalan " Awak nak bekerja tak? Andai kata kami tawarkan anda bekerja sanggup awak kerja di luar daerah"? Dan tentunya jawapan yang keluar dari mulut aku "Ya Tuan, saya sanggup bekerja di mana-mana daerah dan akan akur dengan segala arahan dari pihak atasan". Dan alhamdulilah setelah sebulan menunggu, aku ditawarkan bekerja sebagai Penolong Pegawai Pertanian G29 di bawah SUKJ. 


Impianku untuk bekerja di sektor kerajaan dimakbulkan oleh ALLAH s.w.t. Niatku hanya satu, untuk berbakti kepada agama,bangsa dan negara.

“I Will Be OK..Dont Worry"

Pengalaman Interview Penolong Pegawai Pertanian G29 Part 3


Hai rakan-rakan sekalian. Untuk entry kali ni aku dah janji apa persediaan yang perlu kita lakukan sebelum pergi temuduga. Bagi aku benda ni semua orang buat. Cuma aku nak berkongsi persediaan yang aku lakukan sebelum temuduga kerja kerajaan.

1. Bila aku dapat surat panggilan temuduga, perkara pertama yang ada dalam fikiran aku ialah PAKAIAN. Apa yang perlu aku pakai masa temuduga nanti. Sudah semestinya pakaian yang kita perlu pakai ialah pakaian yang formal dan mengikut etika pemakaian yang betul. Seeloknya pakai la baju kemeja berwarna putih, seluar slack berwarna hitam, kasut warna hitam dan jangan lupa tali leher. Lagi baik kalau kita kenakan blazer sekali.Baru nampak profesional. Gaya mesti nombor satu, aspek lain pandang belakang dulu. Hahahaha

Ini la dia contoh etika pemakaian yang betul. Gambar rembat dekat google. Stokin pastikan pakai ye.

2. Rajin-rajin la buat carian dekat google contoh-contoh soalan yang akan ditanya oleh ahli panel penemuduga. Seminggu sebelum aku temuduga, habis semua segala blog pasal contoh-contoh soalan temuduga aku godeh. Tulis semua soalan-soalan yang bakal ditanya dalam nota dan hafal la sehingga mahir. Soalan pertama biasanya dia tanya tentang diri kita dan latar belakang keluarga, pendidikan dan pengalaman bekerja. Itu soalan wajib yang selalu ditanya.

3. Berlatih buat pengucapan awam dekat cermin. Kalau kau ni seorang yang pemalu atau pun tak mahir sangat bila berucap kerap-kerap la tengok cermin sambil bercakap. Lihat sendiri ekspresi wajah kita samaada ok ke tidak. Dari situ kita boleh betulkan apa yang silap. Bagi yang dah biasa berucap tidak akan ada masalah. Bina keyakinan diri dulu.

4. Kalau ada adik beradik atau pun rakan gunakan mereka dengan sebaik mungkin. Jadikan adik beradik atau rakan kita sebagai panel penemuduga jadian. Adakan sesi soal jawab dengan mereka. Mereka tanya kita jawab. 

5. Isu semasa. Walaupun kita sibuk bekerja, jangan dilupakan tentang isu-isu semasa di dalam negara. Dah nak dekat temuduga rajin-rajin la sikit ambil tahu isu semasa. Lepas habis temuduga suka hati korang la nak ambil tahu ke tidak. Kang nanti bila panel penemuduga soal takde la terpinga-pinga. 

6. Ilmu teknikal. Ini pun penting sebenarnya. Untuk soalan-soalan teknikal pastikan kita sudah tahu atau mahir. Contoh macam aku dalam bidang pertanian dia akan tanya tentang teknologi pertanian,baja dan penjagaan tanaman. 

7. Sebelum temuduga isi perut dulu. Pastikan kita bersarapan pagi untuk mengisi perut yang kosong. Masa aku temuduga dulu aku makan roti dengan air milo sahaja. Bukan apa, nak mengurangkan tekanan dalam diri. Kadang- kadang kita ni dah la takut,perut pulak kosong akan menjadikan kita tekanan sampai satu tahap kepala kita akan jadi pening dan otot-otot jadi tegang. Dan pastikan bawak la air masak sikit, takut-takut penyaman udara tempat kita temuduga tu terlalu sejuk menyebabkan tekak jadi kering. Kalau ada chewing gum boleh la buat kunyah-kunyah bagi nak hilangkan perasaan gemuruh sementara.

7. Pastikan datang awal sebelum bermulanya temuduga. Bila kita datang awal, kita akan ada masa untuk menenangkan diri dan perasaan gemuruh kita itu. Sebelum tu kenal-kenal la rakan di sebelah kita. Bagi lupa sikit yang hari ni kita temuduga.

8. Buat ulangkaji. Kena tahu siapa perdana Menteri kita yang sekarang dan sebelum ni, siapa Pengarah untuk jabatan kita. Kena tahu rukun negara, rukun islam dan dan iman. Apa lagi? Ulangkaji tentang bendera Malaysia atau Negeri serta maksudnya. Kena tahu nama Yang di-Pertuan Agong kita dan Raja-Raja setiap negeri. Semua kena tahu dan ulangkaji.

Jadi itu ajela yang dapat aku kongsikan. Yang penting kita kena tahu dan faham apa syarikat atau pun agensi yang kita pergi untuk temuduga itu. Kena buat ulangkaji. Dan untuk sambungan aku akan berkongsi cerita pengalaman semasa aku ditemuduga. Setiap orang ada cerita masing-masing. Jumpa nanti di entry akan datang.








“I Will Be OK..Dont Worry"