Pengalaman Interview Penolong Pegawai Pertanian G29 Part 1


Alhamdulilah, bersyukur kepada ALLAH akhirnya impianku untuk bekerja di sektor perkhidmatan awam sebagai penolong pegawai pertanian G29 tercapai. Segalanya bermula apabila syarikat yang aku bekerja mahu menamatkan perkhidmatan pekerja-pekerja mereka. Senang cerita pekerja semua nak diberhentikan atas sebab-sebab tertentu.

Aku bekerja sebagai pekerja am ladang saja masa itu. Semasa aku dapat notis 3 bulan sebelum ditamatkan perkhidmatan, aku dapat panggilan temuduga daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara( KEJORA)

Temuduga terdiri daripada 5 orang ahli panel. Soalan yang ditanya seperti biasa saja. Perkenalkan diri anda, berkenaan ahli keluarga berapa orang dan selebihnya banyak berkenaan dengan pengalaman kerja khususnya dalam bidang pertanian. Banyak soalan yang ditanya dapat aku jawab dengan baik.

Namun rezeki tidak menyebelahi aku. Aku gagal dalam temuduga tersebut. Perasaan sedih dan kecewa sangat-sangat aku rasai kerana ini peluang untuk aku mendapatkan pekerjaan serta peningkatan karier aku di dalam bidang pertanian dari pekerja am naik sebagai pegawai.
 
Perancangan ALLAH sangat cantik. Pada tarikh aku dapat tahu yang aku gagal dalam temuduga di KEJORA, aku dapat tahu yang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor ada buka satu peluang kerjaya iaitu Penolong Pegawai Pertanian. 

Tanpa membuang masa, aku pun mencuba nasib. Aku isi segala maklumat yang mereka minta di dalam portal Johor Career . Mana la tau dapat panggilan lagi ke. Tapi untuk kali ini aku tak berapa berharap sangat macam sebelum ni. Jadi aku lalui hidup aku macam biasa. Menghabiskan baki kerja selama 3 bulan di tempat kerja aku dengan menjaga pokok buah buahan Rock Melon yang kami tanam.

Aku pun dah penat nak menaip. Aku akan sambung pengalaman aku pada entry yang akan datang. So pada sesiapa yang dipanggil temuduga untuk jawatan penolong pegawai pertanian, ikuti la kisah aku sampai habis.

Mari lihat tips membeli buah durian dan jenis-jenis klon durian yang ada di Malaysia.




“I Will Be OK..Dont Worry"

Tips Membeli Buah Durian


Kali ini aku akan berkongsi tips membeli durian bagi penggemar buah durian atau bagi orang yang baru-baru nak beli dan merasai keenakan buah durian dari Malaysia.

                             
Paling penting semestinya perlu ada duit HAHA.Dan selepas makan, kalau orang tua-tua terutama mak-mak kita akan suruh kita minum air yang diletakkan di dalam kulit durian. Katanya dapat mengurangkan suhu badan kita selepas makan durian.

Anda nak tahu jenis-jenis klon durian yang ada di Malaysia? Boleh tekan terus link yang tertera di bawah.


Kredit: FAMA

“I Will Be OK..Dont Worry"

Jenis-jenis Klon Durian Di Malaysia


Pada kali ni mari kita kenali jenis-jenis durian yang ada ditanam di Malaysia. Sekarang ni tengah musim durian, jalan la ke mana-mana pun semua ada penjual durian tepi-tepi jalan. 
 
Tapi kita tau ke nama-nama durian yang kita makan? Bagi aku janji sedap di makan kenyang di perut pun sudah memadai. Tetapi yang paling penting dalam membeli durian ialah perlu la ada DUIT. Takde DUIT takde la durian.

Di dalam membeli durian perlu la kita berhati-hati jangan sampai kecewa nanti. Takut kita beli durian banyak-banyak, sekali bukak angin saja yang keluar. Jadi kalau nak selamat, makan aje dekat kedai atau suruh penjual bukak durian yang kita beli dan isi di dalam bekas. Kalau isi takde boleh minta ganti lain. 

Untuk perkongsian akan datang, aku akan berkongsi tips memilih buah durian untuk di beli dan ciri-ciri setiap jenis klon durian yang ada di Malaysia. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca. 

Kredit: Pejabat Pertanian Daerah Muar

“I Will Be OK..Dont Worry"

EPL Bermula Kembali !!!!

Seperti yang kita telah ketahui, saingan EPL ditangguhkan kerana pandemik Covid-19. Sudah berbulan kita tidak menyaksikan saingan sengit perlawanan2 menarik dari pasukan EPL.


Tetapi jangan risau, tidak lama lagi kita akan mampu tersenyum khususnya peminat sukan bolasepak apabila saingan EPL akan berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 18 Jun 2020. Perlawanan akan berlangsung tanpa penonton dan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Tentunya aku tak sabar nak melihat pasukan favourite aku beraksi. Chelsea FC tentunya pasukan pilihan aku walau menang atau kalah. Bermulanya aku minat Chelsea FC semasa zaman Frank Lampard sehingga la sekarang Frank Lampard sudah bergelar pengurus Chelsea yang baru.

Kedudukan 10 teratas bagi saingan Liga Perdana Inggeris. Aku tak sabar nak menonton perlawanan pertama Chelsea selepas berehat panjang dengan Chelsea akan berkunjung ke tempat lawan menentang Aston Villa pada 21 Jun 2020.

Semoga dengan bermulanya saingan EPL menjadikan kita lebih bahagia dan dapat melihat Liverpool power mengangkat piala EPL buat julung kalinya. HAHAHA

“I Will Be OK..Dont Worry"

Kembalinya Diriku Melalui Penulisan


Sudah lama aku tidak menulis. Terakhir aku menulis pada tahun 2017. Dan sekarang aku mahu kembali balik menulis dan berkongsi pengalaman yang aku lalui dalam hidup ku dan ilmu berkaitan pertanian yang aku tahu untuk kebaikan semua orang. 


Walau tiada tanah untuk bertani, tetapi minat terhadap pertanian tetap teguh di dalam diri. Mungkin selepas ini aku akan berkongsi ilmu pertanian di dalam blog ini melalui pembacaan buku, jurnal atau pengalaman petani2 yang berkongsi ilmu dan pengalaman mereka melalui media sosial.

Sekarang aku sudah berumur 25 tahun. Diriku yang dulu tidak sama dengan yang sekarang. Mungkin faktor umur menjadikan diriku sekarang lebih matang.

Kalau dahulu hidup seorang tetapi sekarang sudah berdua. Permulaan diriku hidup berdua bermula pada 23.3.2019. Satu moment yang pastinya takkan aku lupai. 


Selepas ini Kehidupan kita semua sudah berbeza. Sejak adanya Virus Covid-19, banyak perkara yang mungkin kita tidak sangkakan akan berlaku mungkin akan berlaku. Itu la yang terjadi dalam hidup ku. Segalanya akan aku coretkan di dalam diari blog diriku ini dan tentunya penulisan diriku ini akan menjadi satu nostalgia kenangan buat anak dan cucu ku satu hari nanti.





“I Will Be OK..Dont Worry"